![]() |
S IL S |
Apa boleh aku buat, kau milik insan lain. Kau sudah punya keluarga, isteri dan anak-anak. Kehadiranmu hanya untuk seketika cuma. Bahagia denganmu bukan untuk selamanya. Terima kasih sayang. Cintaku padamu tidak pernah pudar walau sedetik pun. Cuma kini aku tidak mahu mengganggu dan menghalang kebahagiaan rumahtangga yang telah kau bina bersama isteri tercinta. Aku redha bahawa aku telah tertipu oleh mu.
Jengka - Chenor - Maran - Temerloh - Karak - Bukit Tinggi - Kuantan - Terengganu - Kelantan dan Sungai Petani
![]() |
Akan aku simpan kasut ini sebagai kenangan pemberian darimu |
![]() |
MooMoo Dan MoxMox sebagai peneman aku di kala malam hari ketika aku merindui mu. |
Jaga diri mu wahai sayang. Jaga kesihatan. Tiada lagi saling ambil berat.
Tiada lagi sesi sapu-sapu ubat di kepala
Tiada lagi ciuman kasih mu di dahi dan pipi ku. Masih hangat terasa.
Tiada lagi pelukan mu untuk ku saat aku dalam ketakutan.
Tiada lagi kata-kata semangat darimu untuk aku.
Hilang semua harapan, musnah semua mimpi. Lebur semua janji.
cuma aku terkilan kerana aku telah mempersendakan seseorang yang sangat menghargai aku lebih dari apa yang telah kau berikan. Dia yang selama ini menunggu ku setelah sekian lama telah aku lepaskan begitu saja kerana hadirnya dirimu. Aku telah menghancurkan harapan si dia yang lebih menyayangi aku dan sedari dulunya dia lebih mendapat perhatian dariku lebih dari apa yang telah aku berikan kepadanya. Arghh dugaan yang aku terima adalah balasan atas perbuatan aku kepada si Dia. Maafkan aku wahai Zukri Ismail
No comments:
Post a Comment