Aku leka dengan kasih sayang yang dia berikan. Aku sesat dalam pelukan si dia.
Dia juga memberi semangat kepada aku untuk berjaya dalam pelajaran.
Saat bahagia, susah dan senang kami harungi bersama walau hanya dengan wang yang tidak menjanji kan kehidupan yang senang, dan juga dia saat itu hanya punya sebuah kenderaan.
Saat aku tau dia telah berpisah dengan orang tersayang, aku banyak memberi kata2 semangat untuk dia kembali ke pangkuan keluarga dan mulakan hidup baru.
Tetapi apa yang dia lakukan adalah menjanjikan bahagia bersama aku untuk masa depan kami berdua.
Namun akhirnya, bila semua telah ku berikan padanya, seluruh jiwa dan raga aku mengharapkan kasih padanya, dia nekad menceritakan segalanya bahawa dia masih kini milik orang.
Tergamak dia lukakan hati ini demi kepentingan diri dan keluarganya untuk mendekati aku yang baginya mempunyai masa depan yang cerah. Apakah aku insan lemah yang senang kau mainkan perasaan ini demi masa depanmu?
Luluh, pedih, hati ini bagaikan di siat-siat sembilu. Punah harapan yang telah aku dirikan saat bersama denganmu. Kini kau menjauh. Begitu mudah kau melepaskan aku. Begitu mudah kau lupakan angan-angan yang kita sama-sama angankan. Susah senang selama ini kita bersama sedetik cuma kau lupakan. Setelah semua kenangan kita bina, semua perkara kita lalui bersama, tiada sedikit pun rasa bersalah dalan dirimu buat aku begini. Tidakkah kau fikirkan suatu masa dulu smua ini akan berlaku atau dirimu sengaja ingin melihat aku derita?
Pergilah cinta. Aku redha jika ini yang berlaku. Tinggalkan aku sendiri mengenang perbuatan mu dan segala kenangan kita bina bersama. Aku bagaikan tiada makna dalam hidup mu. Usah lagi kau menagih kasih dariku. Cukuplah dengan apa yang telah aku ketahui. Semua bagaikan racun bagiku. Selamat tinggal cintaku.. Aku doakan kau gembira bersama yang lain. Akan ku kenang kamu dalam doaku hingga akhir hayatku.
No comments:
Post a Comment