"Ya Allah, kau berkati lah hubungan ini. Kau tunjukkan lah bahawa siapa yang sebenarnya adalah yang terbaik untuk aku. Kau berilah aku kekuatan untuk melupakan si Dia yang telah menghianati aku. Kau berilah aku cahaya baru dan kau lindungi lah aku dari segala penipuan dunia bahawa aku tidak berdaya melaluinya lagi. Amin..."
Wednesday, August 31, 2011
Hangat tubuhmu masih terasa
Masa kian berlalu, namun hati ini masih tidak sedetik pun dapat menghalau segala kenangan kita pergi bersama kepergianmu. Walau ada Si Dia sebagai pengganti, namun hanya kau di ingatan ini. Mengapa? Mengapa begitu kuat cintamu hingga tidak dapat menandingi Cinta tulus dari Si Dia padaku. Berdosakah aku? Ingin sekali ku hambat segala kenagan itu pergi, namun semakin kuat aku ingin melupakannya, ia datang menghimpit sanubari. Aku buntu. Aku ingin sekali hidup tanpa bayang-bayang kisah cinta kita. Begitu kuat kenangan itu sehingga aku tidak dapat melupakannya. Akan ku pahat kan segalanya dalam sejarah hidupku. Engkau yang satu, hanya kau dapat mencuri hati ini. Kembalikan hati ini untuk ku berikan pada Si Dia. Mungkin bukan jodoh kita. Aku doakan kebahagian mu dengan nya. Moga kita dipertemukan di SANA nanti. Aku mahu kau tahu, bahawa aku sangat menyayangimu sepenuh hati ini tapi telah kau guris dengan sembilu tajam. Namun aku masih sayang padamu. Kita sehati dan sejiwa namun halangan itu menjadi tembok untuk kita. Mengapa kau sembunyikan dariku? Mengapa? Pergilah sepi... Pergilah kau bersamanya. Tinggalkan aku sendirian supaya aku dapat mulakan hidup baru dengan Si Dia. Moga kami dapat hidup bahagia. Moga Si Dia dapat menutup bayangmu walau bukan seindah dahulu namun aku pasrah. Mungkin dia di takdirkan untuk ku. Kenangan kita tetap yang terbaik. Aku hargai segala yang kau lakukan untuk mendampingi dan menawan hati ini. Usaha mu tiada siapa pernah lakukan untuk aku. Kita bersusah senang bersama. Namun ia hanya untuk sementara. Aku harus menerima kenyataan ini bahawa aku sudah memiliki segalanya tetapi bukan Kamu. My Life Suck Without YOu... urghhh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment