Tak sangka kita akan berjumpa lagi
Aku rasakan sesuatu yang sangat menyakitkan
Rindu padamu sangat membuatkan aku tidak keruan
Rasa mahu ku peluk dan ku cium kamu waktu itu
Tapi semua nya terbatas.
Semuanya di sekat kerana kenyataan yang amat menyiksakan
Pertemuan semalam berakhir begitu saja
Tanpa sebarang harapan
Kerana kita bakal bawa haluan masing-masing
Aku mahu kau tahu
Aku sangat menyayangimu..
Hingga akhir hayatku
Tiada yang pernah ku dapat sebaik apa yang pernah kau berikan
Tapi kau bukan yang terbaik buatku
Aku bakal jadi tunangan orang
Dan kau bakal menjadi SUAMI dan AYAH
yang penyayang pada anak dan isteri yang pernah kau tinggalkan dulu..
PERIT nya TUHAN saja yang tahu...
No comments:
Post a Comment