Walau masih terpahat kisah duka yang silam. Aku bukakan juga pintu hati ini buat insan yang amat menyayangi aku tiada putus asa. DIA yang sering menjaga dan melindungi aku selama ini tidak langsung aku endahkan sejak keberadaan kamu. Kejamkah aku padanya yang menanti?? Benarkah DIA yang tertulis buatku? Benarkah Dia yang ditakdirkan untukku? Itu aku serahkan padaNYA yang ESA.
Walau dia di sisi.. Aku tetap membandingkan dirimu dan dirinya. MENGAPA?
Kerana bagiku Kau yang terindah
Kerana kau bagiku lebih melindungi ku darinya..
Kerana aku rasakan kehangatan CINTA mu lebih darinya
Tapi KENYATAANNYA.. dia lebih menyayangi aku berbanding kamu.
Kau hanya berikan aku harapan yang terbuka luas di kala aku berlari menuju ke arah itu.
Akan tetapi bila aku menghampiri gerbang masa depan bersama denganmu..
Kau kunci dan kau bawa lari Kunci itu jauh dari aku. MENGAPA?
Impian hancur musnah dan kini...
Dia yang lama menanti hadir bagai memahami dan memberi kunci baru.
Aku kini di landa kebuntuan untuk menerima atau menolaknya.
Bantu lah aku tuhan.. kau saja yang mengerti hati ini..
No comments:
Post a Comment