Lepas pertemuan tu.. Keesokan harinya kau datang lagi ke Kuantan. Bertemu aku dan kali ini kita hanya BERDUA. Makan malam di Tanjung Lumpur. Aku paksa kau makan banyak. LOL. Lepas tu.. Kita banyak 3G. SMS jangan cerita la. Siang malam tak lekang. Kau selalu 3G aku siang malam tanpa jemu. (ini lah di katakan permulaan perkenalan. semua akan SELALU) Hubungan makin rapat. Kita dah serasi. Walaupun hanya mula bersahabat baik. Tapi masing-masing simpan perasaan yang sama.
Kau akan sering datang Kuantan menemani aku. Setiap kali berjumpa pasti akan kau hadiahkan
Selepas K banyak berubah dan kita tidak lagi bertemu dengannya. Kau saja yang sering temani aku dan banyak membantu aku saat aku perlukan bantuan. Handphone aku rosak, kau hantar kedai betolkan. Kau balik Kedah, kau belikan aku Teddy Bear (MooMoo & MoxMox) untuk buat aku happy dan pujuk aku dari marahkan mu. LOL. Kau sering sapu ubat di kepala ku. Kita sering makan bersama. Suap-suap sehingga ada yang cemburu. Kau sengaja ingin orang tahu kau dekat denganku. Kita banyak luangkan waktu bersama. Kau sanggup tinggalkan pekerjaan semata-mata ingin bersama denganku tidak kira siang atau malam.
Sehingga suatu hari, aku terasa hati dengan kata-kata mu sehingga buat aku mengalirkan air mata. Dan kau peluk aku ingin mereda kan tangisan ku. Aku bahagia dalam pelukan mu. Pelukan itu juga yang aku rindu. Bau badan itu lah yang aku rindu. Sehingga kau di saman malam itu di Kemaman kerana bunyi enjin kereta bising dalam dini hari. Aku rasa bersalah saat itu. Aku tidak tahu sehingga ke Kemaman kau bawa aku semata-mata ingin menghiburkan hati ku yang duka untuk melihat anak-anak kapal pada malam hari.
Teluk Chempedak, Benteng Kuantan dan BlackStone tempat kita berdua selalu bermesra. Kau tidak pernah abaikan 'tanggungjawap' untuk menyapu ubat untuk melihat aku pulih dari penyakit kulit yang aku alami. Kau tidak pernah hiraukan keadaan sekeliling dan apa tanggapan orang terhadap kita. Kita sering makan Blueberry Cheese Tart dan Egg Tart bersama kerana itu kegemaranku. Terlalu banyak kenangan bersama denganmu. Aku tidak akan lupakan. Walaupun kau tiada lagi kini. Kenangan kita tetap abadi. Kasih sayang yang pernah kau berikan tetap aku rasakan sehingga kini. Kehangatan tubuhmu juga tidak dapat aku lupakan. Aku sangat sayang padamu. Cuma kita tiada jodoh. Ternyata pemberianmu pada ku mempunyai makna yang dalam. Baju.. Kasut.. Teddy.. Gambar-gambar kenangan kita.. Kau bawa aku kemana saja aku ingin pergi bersama denganmu... rupanya itu hadiah untuk aku mengenangmu di kala engkau tiada lagi di sisi aku.
Skrg ni kau dh blah dari idup aku.. senang2 je kan.. haha..
No comments:
Post a Comment