Thursday, February 10, 2011

Kata-katamu Kini Bagiku Dusta Belaka

Saat tidur, aku terjaga. Teringat akan kamu di sana.
Rindu tak bisa di ungkap. Sarat hati ini menganggung seksa.
Ku buang jauh semua egois dalam diri ini.
Laju tangan mendial nombor telefon mu.

*Berkumandang OST Adamaya*

"Kau yang bernama Cinta,
Kau yang memberi rasa,
Kau yang ilham kan bahagia,
Hingga aku terasa indah"

ahhh.... lagu tu buat aku teringatkn kenangan kita..

Terdengar suaramu lemah di hujung talian.
Aku sebak. Mahu rasanya aku memelukmu saat itu.
Tapi apakan daya ku. Kita berjauhan.
Kau juga milik si Dia. Bukan milikku.
Mengapa itu tidak aku tanamkan dalam benakku?
Bahawa kau tidak akan pernah menjadi milikku.
Walau apa jua berlaku dalam alam nyata ini.
Kata mu saat tarikh sepatutnya kita berjumpa,
Keberadaan mu tidak mengizinkan kita berjumpa seperti yang kita rancangkan.
Kau ditahan dan tidak berdaya utk keluar bertemu aku.

Benarkah setiap tuturmu itu wahai sayang?
Hanya DIA saja yang tahu.
Sungguhnya aku hanyalah alat untuk kau hembuskan setiap pembohongan.
Aku pasrah.................

-------------------------------------------------------------------------
Masih aku ingat...
Saat aku mahu berjabat tangan dengan salah seorang rakan kepada rakan kita,
Cepat kau tarik tanganku. Tanda cemburu.

Masih aku ingat...
" Sayang tunggu la lg 5 tahun. Bagi peluang pd Abg utk masuk meminang. "

Masih aku ingat..
Saat aku menangis. Kau turut menangis.
Katamu air matamu adalah tanda kegembiraan saat kau tau aku cintakan mu.
Bahagiakah kamu saat itu?

Masih aku ingat..
Kau sering mahu membawa ku pergi ke tempat di mana ramai rakanmu berada.
Katamu, mahu knalkan aku pada smua rakanmu kerana aku kini milikmu.
Benarkah kata2 mu saat itu?

Masih aku ingat..
Kau sering ingin berjalan berpimpin tangan denganku
Kala ramai teman2 ku ada di sekitar itu.
Kata mu ingin kau 'jatuhkan sahamku'
Tidak mahu ada yang mendampingiku. Kau cemburu jika ada yang dekat denganku.
Benarkah apa yang kau luahkan saat itu?

Kau tidak pernah lupa untuk mengucup aku,
Kau tidak pernah lupa memerhati aku,
Kau sering membelai aku,
Kau genggam tangan ku bila kita jauh dr yang lain,
Kau sering ubat kan aku walau ramai yang melihat,
Kau beri aku segalanya,

Masih aku ingat..
Terlalu banyak yang aku ingat....
Terlalu banyak tidak dapat aku lupakan
Kerna aku sayang padamu..
Sungguh.. Tidak pernah aku menyintai seperti mana aku menyintai dirimu..

No comments:

Post a Comment